Selain daripada fotografi dan 4x4, saya juga berminat berkenaan dengan apa yang berlaku dalam bidang teknologi maklumat. Jadi ini ada sedikit tulisan untuk kejadian yang telah menggemparkan negara. Diberitakan bahawa beberapa laman web kerajaan Malaysia telah digodam awal pagi ini, SINI, SINI dan SINI. Semuanya difahamkan berlaku apabila ada sekumpulan pengodam 'topi hitam' dikenali ANONYMOUS mendakwa akan melancarkan serangan ke atas laman web milik kerajaan.
Mesej dari penggodam berbunyi:
Mesej dari penggodam berbunyi:
Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world's strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor.
Namun sebelum masa yang ditetapkan untuk memulakan operasi yang dinamakan OPS MALAYSIA, berpuluh serangan telah dibuat lebih awal oleh kumpulan penggodam Dragon Force Malaysia. Alasan yang diberikan kononnya disebabkan polisi kerajaan Malaysia menyekat beberapa laman perkongsian fail.
Di Sabah, laman web milik SabahTourism telah berjaya digodam dan sehingga entri ini ditulis masih belum beroperasi.
Kita masih ingat lagi sebelum ini apabila terjadi konflik dengan salah satu daripada negara jiran kita, pengodam dengan tagline 'malingsia' dari negara berkenaan telah berjaya menggodam banyak laman web termasuk laman web universiti. Pertahanan kita mungkin kurang dalam perang siber ini. Ditambah lagi jika ia didalangi atau turut dibantu oleh penggodam rakyat Malaysia sendiri. Dragon Force Malaysia ialah kumpulan penggodam dalam negara dan Anonymous adalah penggodam antarabangsa. Dalam masa yang sama ternyata dalam komen-komen pembaca di laman web tertentu, lebih ramai yang menulis untuk menyokong tindakan tersebut kerana tidak bersetuju dengan tindakan menutup beberapa laman perkongsian fail. Nampaknya penggodam antarabangsa dan tempatan bergabung untuk memberikan impak kepada keselamatan siber negara.
Comments
Post a Comment