Disclaimer

This blog is to share the owner views, experiences and photos, and not intended to advise anyone. The blog owner will not take any liabilities or responsibilities due to the use of any photos or information in this website. This blog is also doesn't endorse any products or services. Your own judgement is highly appreciated when reading or viewing any photos or information in this blog.

Thursday, July 19, 2012

Sabah vs. QPR

Sabah(0) - QPR(5), Playing with one of the best teams in EPL, Sabah is quite good in the first half, but QPR's skilled players show that out footballers need more effort. However, good game for QPR on their Asia Tour. Waiting for next EPL season.

Sabah(0) vs. QPR(5)
Sabah(0) vs. QPR(5)
Sabah(0) vs. QPR(5)
Sabah(0) vs. QPR(5)
Sabah(0) vs. QPR(5)
   

Monday, July 02, 2012

"Indahnya" Pantai Likas Kota Kinabalu

Kota Kinabalu sememangnya sangat strategik dengan keindahan pantai, bukit, bandaraya dan pulau yang boleh dikatakan semuanya dekat. Tidak hairanlah lagu "Macam di KK.. semuanya ada di sini" dilhamkan oleh penyanyi Janrywine J Lusin banyak memuji Kota Kinabalu sekarang yang semakin membangun. Sehinggakan rumah pun semakin "gila" mahal dan kesesakan jalan raya yang semakin mengiggit warga Kota Kinabalu. Nampaknya KK pun sudah di tahap sangat memerlukan jalan bertingkat, "express-way" dan LRT agaknya. Tapi nampaknya kawasan lain di Sabah pun perlufasiliti yang lebih baik. Entah bila agaknya? Kalau BN atau PR menang dlm PRU13, ia mungkin perlu dijadikan agenda seterusnya.

Sunset on February 6, 2010 - Kota Kinabalu Sabah
Sebelum matahari menghilangkan diri hari ini
Senja berlabuh di Pantai Likas

Namun, apa yang penulis ingin rungutkan di sini bukannya berkenaan pembangunan tetapi sikap sesetengah warga Kota Kinabalu yang memandang mudah berkenaan kebersihan persekitaran. Tahap kebersihan di sekitar Kota Kinabalu terutamanya pantai Likas sangat menyedihkan. Datang sahajalah ke Pantai Likas dan anda pasti melihat timbunan sampah di gigi air pantai yang "indah" menjadi lantai kekal jika tidak dibersihkan oleh pekerja pembersihan. Sampah tetap akan datang setiap hari sama ada dari sungai Likas atau dari pulau  berdekatan.  

Sampai bila ianya akan berakhir? Jawapannya, tidak diketahui.

Kesedaran warga Kota Kinabalu perlu dipertingkatkan kerana dari sana lah sumber sampah yang utama. Pihak berwajib mungkin perlu turun padang ke lokasi yang di kenal pasti menjadi sumber kepada sampah hanyut ke pantai.

Pantai Likas, Kota Kinabalu: Forever and ever Rubish Dump Site
Keadaan Pantai Likas pada 23 Jun 2012

Likas Beach
Keadaan pada 9 Ogos 2010 semasa ombak kuat di Pantai Likas

Big Waves and Rubbish
Sampah yang dibawa oleh ombak kuat di Pantai Likas 9 Ogos 2010

Swimmer
Masih ada lagi yang mahu mandi di pantai yang penuh dengan sampah pada masa ini.

Lumut tetap subur menghijau
Lantai pantai Likas masa air surut, indah dengan lumut hijau

Sampah sebagai elemen fotografi lanskap
"Cantik" bukan?

Kecantikan Kota Kinabalu yang Tercemar
Lepas makan KFC dan minum arak tinggal begitu saja.

So many rubbish
Pantai awam Likas pun tidak ketinggalan dengan sampah, tetapi di sini selalunya akan lebih tumpuan pembersihan.

Kerana sampah Pantai Awam Teluk Likas
Pekerja pembersihan yang TERPAKSA bertugas pada hari Ahad kerana ada manusia yang hanya tahu berkelah atau menjalankan acara tetapi tidak tahu membersihkan sampah mereka. Walaupun pekerja ini digaji, tapi kasihanilah mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

No one has ever become poor by giving, Please Donate

Popular Posts

Site Links

Follow on Facebook