Disclaimer

This blog is to share the owner views, experiences and photos, and not intended to advise anyone. The blog owner will not take any liabilities or responsibilities due to the use of any photos or information in this website. This blog is also doesn't endorse any products or services. Your own judgement is highly appreciated when reading or viewing any photos or information in this blog.

Monday, December 13, 2010

The Green Connection, Kota Kinabalu

Saya membawa anak-anak ke The Green Connection di Likas Kota Kinabalu  untuk mendedahkan mereka kepada hidupan semulajadi yang jarang mereka temui. Ia adalah sebuah kawasan akuarium dan pengalaman sains yang direka untuk memberikan pengetahuan mengenai eko-sistem dan habitat hidupan air khususnya yang terdapat di negeri Sabah.

Inisiatif sebegini membolehkan pengunjung menyedari bahawa konservasi dan pemeliharaan alam semulajadi amat penting untuk generasi yang akan datang. Terdapat pelbagai tarikan terutamanya zon seperti hidupan gua, hidupan air tawar, hidupan laut dan sudut pengetahuan sains yang sangat menarik terutamanya kepada kanak-kanak. Saya boleh katakan bahawa mengunjungi dan melihat sendiri keunikan tempat ini adalah sangat berbaloi.

Bayaran Masuk:
Dewasa: RM25, RM15 (Malaysian/Sabahan)
Kanak-kanak: RM7
Lokasi:

The Green Connection, Kota Kinabalu
Set mikroskop digital yang menarik dengan contoh sampel seperti daun dan semut.

The Green Connection, Kota Kinabalu
Seekor penyu di dalam sebuah akurium besar.

The Green Connection, Kota Kinabalu
Seorang staf TGC sedang memberikan penerangan semasa pertunjukan masa makan akurium.

The Green Connection, Kota Kinabalu

The Green Connection, Kota Kinabalu
Cara memberi makan ikan pari-pari, pemyelam memberikan makanan sambil naik ke atas.

The Green Connection, Kota Kinabalu
Penyelam cuba menarik perhatian penyu dengan memberi makan kepada penyu tersebut.

The Green Connection, Kota Kinabalu
Seorang kanak-kanak begitu teruja melihat penyelam memberi makan kepada hidupan laut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

No one has ever become poor by giving, Please Donate

Popular Posts

Site Links

Follow on Facebook