Disclaimer

This blog is to share the owner views, experiences and photos, and not intended to advise anyone. The blog owner will not take any liabilities or responsibilities due to the use of any photos or information in this website. This blog is also doesn't endorse any products or services. Your own judgement is highly appreciated when reading or viewing any photos or information in this blog.

Thursday, December 30, 2010

Roti GARDENIA di Kota Kinabalu - Status Halal?

Semasa berada di semenanjung, saya lebih banyak membeli roti G* berbanding roti lain. Ada juga beli roti seperti H* dan roti lain yang dihasilkan oleh usahawan bumiputera di Kedah. Biasalah, kita sebagai pengguna akan mencari roti yang sedap, enak dan gebu. Walaupun ada ketika isu-isu status halal roti berkenaan dipersoalkan oleh pihak tertentu. Saya tidak mahu mengulas isu-isu berkenaan, carilah internet. Di Kota Kinabalu, mulanya saya membeli roti di pasaraya Giant sehinggalah ada roti G* yang dijual di kedai-kedai runcit. Pada awalnya, saya lihat roti ini seakan roti yang dijual di semenanjung, tetapi kualitinya agak lain walaupun lembut dan gebu. Tidak mengapalah, kalau bukan roti ini, roti lain pun pulun juga asalkan ada logo halal yang disahkan oleh pihak berwajib.

Dalam Islam, mencari halal itu wajib terutamanya dalam hal makanan dan bukan perkara yang perlu diambil mudah. Dengan inilah baru-baru ini agak terkejut bila mendapati roti yang selalu dimakan telah hilang logo halal nya pada bekas plastik roti. Logo halal telah ditampal dan saya cuba tanyakan kepada penjual kenapa logo tersebut ditampal, jawabnya tidak tahu. Jadi menjadi persoalan sekarang apakah status halal roti ini? bukan apa, saya telah makan berbuku-buku roti ini sebelum logo halal ditampal.

Logo halal di sebalik tampalan putih

Kita harap, dengan inisiatif seperti yang dilaksanakan oleh Jakim dan Halal Sabah, perkara halal pada makanan akan dapat diambil berat oleh semua pihak untuk kebaikan masyarakat khususnya. 

Sumber akhbar Daily Express October 30, 2010: Jakim: No statement about Gardenia bread ( http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=75514 ).. tapi sekarang logo halal ditampal.

Carian di http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=directory...&type=A&cari=gardenia menunjukkan sijil halal masih sah. Mungkin di KK ada masalah?


Kemaskini:
Blogger http://puisikabur.blogspot.com/2011/01/roti-sandwich-gardenia-tiada-logo-halal.html juga ada menulis perkara sama dan lebih dulu mendapat jawapan http://puisikabur.blogspot.com/2011/01/gardenia-sabah-berkata.html. SEDANG MEMOHON LOGO HALAL DARI JAKIM katanya.
Kepada Gardenia (Sabah): Buat lah siaran media jelaskan sebenarnya apa yang sedang berlaku. Jangan biarkan polemik orang ramai sesuka hati membuat andaian dan tafsiran mengenai logo halal ditampal.


Di mana gambar dalam entry saya ini berlegar di internet?:


2 comments:

  1. Anonymous12:00 PM

    Saya berpendapat, bukan bulu babi yg ditambah ke dalam roti itu, tetapi berus bulu babi telah digunakan untuk menyapu mentega/margerine/etc semasa proses pembuatan roti tersebut. Berus bulu binatang sering menjadi pilihan pembuat roti/kek kerana bulu itu lebih tahan panas, berbanding berus jenis plastik/nylon.
    Kesimpulannya, Status=Tidak Halal

    ReplyDelete
  2. Seorang pengunjung menukilkan kepada saya bahawa berus binatang tertentu sering digunakan untuk menyapu mentega/margerine/etc semasa proses pembuatan roti. Ini disebabkan ia tahan panas berbanding berus biasa. Sejauh mana kebenaran penggunaannya di kalangan pembuat roti saya kurang pasti. Mungkin dakwaan tersebut ada asasnya?

    Terima kasih Anonymous 1/31/11.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

No one has ever become poor by giving, Please Donate

Popular Posts

Site Links

Follow on Facebook