Disclaimer

This blog is to share the owner views, experiences and photos, and not intended to advise anyone. The blog owner will not take any liabilities or responsibilities due to the use of any photos or information in this website. This blog is also doesn't endorse any products or services. Your own judgement is highly appreciated when reading or viewing any photos or information in this blog.

Sunday, October 18, 2009

Travel 4. KK-Papar-Keningau-Tenom-Lawas-Sipitang-Beaufort-Kuala Penyu-KK

Misi ke empat tercapai untuk melawat ke semua pekan utama di negeri Sabah. Misi ini bukan sahaja untuk melawat tetapi bercuti di negeri sendiri kerana banyak lagi tempat yang belum sampai. Kali ini, saya juga telah sampai ke Lawas Sarawak.

Trip4: KK-Keningau-Tenom-Sindumin-Lawas-Sipitang-Beaufort-Menumbok-Kuala Penyu-Papar-KK
Peta perjalanan dari Kota Kinabalu, Keningau, Tenom, Lawas, Sipitang, Beaufort, Kuala Penyu, Papar dan seterusnya balik ke KK.

Jalan Kimanis-Keningau
Sambil memandu dan mengambil gambar agak susah.. sebab itulah tiada gambar yang cantik dapat diambil.. =). Ini ialah jalan Kimanis-Keningau yang mempunyai darjah kecuraman jalan di antara 14%-19%. Agak mencabar jalan ini terutama jika hari hujan dan berkabus. Nasib baik cuaca cerah dan sedikit mendung pada hari saya melalui jalan ini.

Jalan Kimanis-Keningau
Jalan Kimanis-Keningau mempunyai pemandangan indah..

Pusat Semulajadi Crocker Nature Center
Singgah di Taman Banjaran Crocker

Pusat Semulajadi Crocker - Crocker Nature Center
Pusat Semulajadi Crocker. Ingat, kalau dari arah Papar ke Keningau jangan masuk terus ke sini,
sebab pejabat sebenar ada berdekatan dengan jalan raya besar saja untuk urusan bayaran masuk.

Lembah Keningau dari Pusat Semulajadi Crocker
Pemandangan ke lembah Keningau dari Pusat Semulajadi Crocker

Pekan Keningau
Pekan Keningau

Peta Pekan Keningau (Sumber: Wikimapia)

Jalan Keningau-Tenom
Jalan Keningau-Tenom yang landai dan agak cantik

Pekan Tenom
Pekan Tenom

Perkasa Hotel, Tenom
Pemandangan Pekan Tenom daripada Hotel Perkasa Tenom

Morning at Tenom Valley, Perkasa Hotel
Pemandangan awal pagi di Pekan Tenom

Pasar Tenom
Gerai kuih di Pasar Pekan Tenom

Jambatan Sungai Padas, Tenom
Jambatan Sungai Padas, Pekan Tenom

Jalan Tenom-Sipitang
Jalan mula naik bukit (Banjaran Crocker) selepas beberapa KM dari pekan Tenom,
kelihatan lori balak tersadai.

Jalan Tenom-Sipitang, Hutan Simpan banjaran Crocker
Jalan Tenom-Sipitang memang cantik, merentasi banjaran Crocker dan masih diliputi hutan
simpan yang diharap akan terus disimpan utnuk generasi akan datang, bukan untuk dibalak oleh mereka yang rakus menelan hasil bumi Sabah sehingga lumat jadinya.

Sempadan Sabah-Sarawak, Sindumin
Pos Imegresen Sindumin untuk ke Lawas, Sarawak

Masjid Bandar Lawas
Pemandangan dari Masjid Lawas

Batang Lawas - teksi sungai..
Batang Lawas, tengok teksi sungai yang panjang berwarna kuning..

Kuala Penyu - Feri Kuala Penyu
Menunggu feri di Pekan Kuala Penyu untuk balik ke KK


Perjalanan kali ini termasuk pusing pekan, sesat, dan sebagainya ialah sejauh 687KM selama dua hari (menginap di Hotel Perkasa Tenom). Boleh dibuat dalam sehari sebenarnya. Berikut ialah maklumat mengenai kos perjalanan:
*KK-Keningau: +-2jam
*Keningau-Tenom: +-30Minit
*Tenom-Sindumin: +-1jam 30minit
*Sindumin-Lawas: +-40minit
*Lawas-Sindumin: +-40minit
*Sindumin-Beaufort: +-1jam
*Beaufort-Kuala Penyu: +-40minit
*Kuala Penyu-KK: +- 2jam

Kos minyak - kereta wira 1.5cc:
1. KK - top up RM30 (penuh)
2. Tenom - top up RM30 (penuh) - hari berikutnya selepas jalan2 ke taman pertanian dan pusing2 pekan
3. Sipitang - top up RM20 (penuh)
Kos keseluruhan RM80

Kos makan (2 dewasa + 2 kanak-kanak):
1. Keningau - makan tengahari - RM20
2. Tenom - makan malam - RM18
3. Tenom - sarapan - RM11
4. Lawas - makan tengahari - RM18
Kos makan lebih kurang RM70

Jumlah Kos: RM150 + kos penginapan di Tenom (RM90) = 240
*kalau masuk mana-mana tempat (cth: Pusat Kebudayaan Murut, Tenom dan Taman Pertanian Tenom, budget RM300 lah..

6 comments:

  1. Salam..maklumat yang hendak saya cari..Terima Kasih, bulan ni nak lawat Keningau..

    ReplyDelete
  2. Cantik bah gambar-gambar kamu nie... Tertarik bah aku mahu ke Keningau...

    ReplyDelete
  3. saya bakal menjejaki perjalanan yang bro tempuhi ini sebagai percutian bulan madu. wish me luck and safe journey!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jawablues,
      terima kasih singgah di blog saya yg lama sudah tidak update ni. selamat bercuti bulan madu, semoga perjalanan anda yg terbaik.

      Delete
  4. Anonymous1:24 PM

    Salam boleh saya tanya apa kenderaan awam yang boleh dinaiki utk pergi ke tenom jika saya berada di kota kinabalu? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.
      Dari KK, boleh naik sama ada teksi (biasa) atau teksi unser. Tambang seorang pada kadar RM35 seorang dari Terminal Padang Merdeka. Tuan boleh rujuk http://www.sabahtourism.com/transportation?page=1 untuk keterangan lanjut.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...