Mencari PETA KUNDASANG? http://sam4605.blogspot.com/2009/06/map-kundasang-kundasang-war-memorial.html
Misi jalan-jalan ini telah terlaksana masa cuti pekerja baru-baru ni. Misi ni ialah sebahagian daripada perjalanan ke pekan-pekan di Sabah. Tujuannya ialah untuk melihat sendiri semua bahagian di Sabah terutama sekali keadaan jalanraya, pemandangan kampung dan apa-apa yang boleh diambil gambar sepanjang perjalanan.
Misi jalan-jalan ini telah terlaksana masa cuti pekerja baru-baru ni. Misi ni ialah sebahagian daripada perjalanan ke pekan-pekan di Sabah. Tujuannya ialah untuk melihat sendiri semua bahagian di Sabah terutama sekali keadaan jalanraya, pemandangan kampung dan apa-apa yang boleh diambil gambar sepanjang perjalanan.
Kali ni, bersama isteri dan anak-anak balik ke Kundasang ikut jalan lain iaitu melalui Kota Kinabalu, Penampang, Tambunan, Ranau dan akhirnya ke destinasi iaitu di Kundasang. Kami bertolak dalam jam 9.30am dari rumah melalui jalan Tuaran-Bypass. Jalanraya memang baik dari KK ke Tambunan cuma agak curam di bahagian sektor Penampang sebelum Tambunan, ada jalan yg lebih kurang 10-16% kecuramannya. Kami sampai di bahagian atas sektor jalan dan berhenti di satu tempat yg dinamakan Gunung Emas yg sepatutnya kawasan pelancongan tapi tidak berjaya, mungkin disebabkan pelancong tidak singgah lama barangkali. Masa kami lalu kawasan sektor jalan menaik, keadaan berkabus dan agak sejuk, sesejuk Kundasang. Ada banyak pondok yang menjual sayur tepi jalan, maksudnya mereka ada menanam sayur di kawasan ini. Satu lagi yang menarik di sini ialah tanaman pokok pines, menjadikan seperti pemandangan macam di luar negara.
Lepas tu singgah di Pusat Penerangan Raflesia tapi tutup la pula hari pekerja. Orang nak datang pun masa cuti apa la tutup pula. Depan sikit jumpa waterfall, pun tutup juga, apa hal betul. Tapi ya lah tempat-tempat ini berada di tengah hutan belantara Banjaran Crocker tu, cuti hari pekerja lagi tu.
Sebelum Tambunan, kami berhenti kejap ambil gambar lembah Tambunan dari atas bukit di tepi jalan, cantik pemandangan dan kawasan Tambunan.
Sabah ni jangan terkejut banyak roundabout, sebagai salah satu teknik untuk mengurangkan trafik light. Dari roundabout Ranau-Tambunan, ambil jalan ke Tambunan untuk cari Masjid sebab hari tu Jumaat. Sebelum sampai pekan Tambunan, jumpa lagi roundabout, masuk pekan dan dlm pekan untuk ke Masjid pun ada roundabout lagi.. banyak betul roundabout.
Jalan ke Trusmadi dan satu daripada signboard Gereja yang sangat baaanyak betul di Sabah, masjid tiada pula signbord besar-besar macam ni. Nasib baik kubah menara masjid tinggi dan boleh nampak dari jauh, jadi boleh la menuju ke arah kubah tersebut.
Alhamdulillah, sempat sampai dan solat Jumaat di Masjid Tambunan.
Lepas solat Jumaat, singgah di pekan Tambunan untuk makan tengahari. Kami pesan bihun goreng, dan diberikan sup kosong percuma. Jangan terkejut.. Sabah, sup kosong menjadi kemestian.
Sebenarnya acara perayaan pesta Kamaatan sudah bermula di Tambunan, ada pertandingan sukan sepaktakraw di pekan Tambunan. Lepas makan, kami bertolak pula ke Air Terjun Mahua lebih kurang 10-15 minit perjalanan dari bulatan Ranau-Tambunan-KK tadi. Kawasan air Terjun ni terjaga elok dan air terjun memang cantik, tapi yang tidak berapa cantik ialah gambar yang saya ambil. Setting tidak berapa nak ok. Tidak mengapalah nanti lain kali datang lagi kalau ada kesempatan. Satu lagi paling saya benci betul kalau orang picnik makan lepas tu tinggal saja. Apa baini orang, silaka betul.
Tengok tu dua org, pandai saja makan tapi tidak pandai pungut balik bekas makanan.. tiada sivik betul, nak ambil gambar pun tidak best ada sampah bikin rosak gambar
Nasib photoshop boleh kasi hilang tu orang..
Jam 4 petang begitu, kami keluar dari Mahua dan meneruskan perjalanan ke Ranau. Nah, bermulalah jalan kurang elok, grabel dan masih dalam pembinaan, punyalah berhabuk jalan. Bila siap entahlah. Tapi pemandangan kawasan kampung memang terbaik. Akhirnya kami sampai di rumah pada jam 6.00pm! dengan perjalanan selama 9 jam!.. sejauh 203km. Kalau tidak singgah mana-mana, jalan terus saja munkin boleh sampai dlm 3-4jam. Tapi apapun perjalanan ni memang memenatkan dan juga menyeronokkan. Di rumah Kundasang keadaannya sejuk dan berangin pula, jadi bertambah sejuk jadinya. Tidur dalam sejuk-sejuk memang terbaik.
Jalan grabel masih belum ditar, kalau hujan rasanya kereta mana boleh panjat jalan curam ini.
Pemandangan Kinabalu dari satu kampung siring jalan Tambunan-Ranau
Jarak perjalanan dari KK-Tambunan-Ranau-Kundasang dalam masa 9++ jam!
Baiklah, itulah catatan misi perjalanan ini, dengan harapan misi lain seterusnya akan tercapai.
gila best. teringat pulak jalan timur-barat grik jeli. best.....
ReplyDeletealop... thx for visiting my blog. aku skrg di papar.
ReplyDeletesedap giler bihun tue. org kata bihun kampung lagi sedap berbanding hotel punya...betul ker?
ReplyDeletebro mau tanya.. kereta automatik bole ka kalo nak ke kundasang tu....
ReplyDeleteamatjoe787: boleh, tiada masalah..
ReplyDelete