Skip to main content

Suzuki Jimny Malaysia Model Baharu di Malaysia?

Suzuki Jimny Sierra JB43V with M13A Engine 1.3cc
Suzuki Jimny JB43 di Tanah Jambu, Brunei 2012


Kereta kompak 4x4 kecil ini tidak memerlukan pengenalan yang lebih, tetapi merupakan legenda dan kebanyakannya digunakan oleh peminat 4x4 sama ada di bandar atau kawasan luar bandar dan juga sebagai salah satu daripada kenderaan ubahsuai pilihan kepada penggemar cabaran 4x4 terutamanya di Sabah Malaysia. Berita berkenaan dengan model baharu Suzuki Jimny bakal dilancarkan di Malaysia sebenarnya telah wujud dalam berita internet sejak sebulan yang lalu. Pembaca boleh merujuk di Paul Tan, CBT dan Keretamoto. Saya agak terlambat untuk menulis dalam blog mengenai kereta ini.

Saya mempunyai galeri gambar yang agak besar kereta jenis ini dengan versi sebelumnya SJ410 dan SJ413 di sini. Menariknya, saya juga pernah melihat sendiri kereta ini yang dipamerkan semasa cabaran 4x4 di Brunei pada tahun 2012. Saya telah menulis pengalaman saya di sini dengan harapan bahawa Suzuki JIMNY versi Malaysia akan menjadi kenyataan. Walau bagaimanapun, selepas membaca dari sumber yang dinyatakan di atas, Suzuki JIMNY baharu berharga sekitar RM90,000 bagi CBU import dari Jepun. Dengan harga ini, saya tidak menjangkakan yang ia akan dijual secara besar-besaran di Malaysia. Saya berharap harga sebenar bukanlah seperti yang dinyatakan kerana harga yang ditawarkan di Brunei adalah sekitar  SGD25,000. Jika tidak, ia mungkin akan menjadi seperti apa yang telah berlaku kepada Perodua Nautica. Peminat Suzuki 4x4 mungkin akan membeli Suzuki JIMNY buatan tempatan atau model CKD dengan harga yang mampu milik.

Saya difahamkan bahawa Suzuki Jimny baharu akan dipamerkan/dilancarkan di DRB-HICOM Autofest bertempat di PISA (kini SPICE) pada 28-30 JUN 2013. Saya pasti akan ke sana untuk mengetahui sama ada Suzuki Jimny Malaysia adalah satu realiti.


Berdasarkan maklumat daripada laman automotif CBT yang disiarkan pada 8 Mei 2013 yang lalu, Suzuki Malaysia Automobile Sdn. Bhd. dikatakan bakal melancarkan semula model Jimny versi terbaharu di pasaran tempatan mulai bulan Jun akan datang.
Suzuki Jimny sememangnya mempunyai peminat yang cukup ramai di pasaran global, tidak terkecuali bagi mereka yang meminati jentera 4×4 di negara kita. Sifat lasak dan mudah dikendalikan antara faktor mengapa model tersebut menjadi pilihan. Maklumat awal menyebut harga yang akan ditawarkan untuk Jimny sekitar RM90K, memandangkan ianya merupakan model yang diimport dari negara asalnya Jepun.
Sementara itu, model kompak popular bercirikan prestasi Suzuki Swift Sport juga dikatakan sedang menunggu giliran untuk dilancarkan dalam bulan Jun ini. Perkembangan tersebut memperlihatkan Suzuki mula mengambil tindakan yang sewajarnya dalam memperluaskan lagi penguasaan pasarannya di Malaysia, suatu tindakan yang amat dialu-alukan. - Keretamoto

Comments

Popular posts from this blog

Travel 1: KK-Kota Belud-Kundasang

Training.. training.. modify code, extract data, data cleaning, transformation, discretize, write paper.. report.. etc, argh I need an escape for a while. Actually, while I am here at Sabah, I would like to visit all major towns via different route with any possible means of transport, what else.. my wira lah. This is my first mission from: 1. KK-Kota Belud-Kundasang 2. KK-Tambunan-Ranau-Kundasang 3. KK-Kota Belud-Kota Marudu-Kudat-Tip of Sabah-Kundasang 4. KK-Tambunan-Keningau-Tenom-Sipitang-Beaufort-KK 5. KK-Kota Marudu-Pitas-Beluran-Telupid-Ranau-Kundasang 6. KK-Tambunan-Keningau-Sook-Nabawan-Kalabakan-Tawau-Samporna-Sandakan-Telupid-Ranau-Kundasang Mission number 5 and 6 should be the last because the road may be not suitable for my wira.. hehe. In this journey, the road is easy from KK to Kota Belud but a little bit steep from Kota Belud Ranau-Tuaran junction via Jalan Ranau Bypass. The scenery is simply amazing and beautiful with Kinabalu in the background, but too

How to go to Kundasang?

First of all, thank you for arriving into my blog. Whether you will arrive in Kota Kinabalu by an airplane (Terminal 1 or Terminal 2), sea or land, I would like to welcome you to Sabah Below the Wind and also welcome to Kundasang, the home for Sabah vegetables and Mount Kinabalu. I know my page is not really informative but hopefully can benefit to you. My blog receives quite many references from search engines looking for "Kundasang map", "peta kundasang", "how to go to Kundasang from KK" and some other similar keywords. Thus, I will try as possible to briefly explain how to go to Kundasang from Kota Kinabalu. It’s a bit sad actually that Sabah’s public transport is not yet fully developed to integrate all important destinations at the moment. However, I’m hoping that the Sabah Government will work out on this issue as soon as possible to provide better public transport links to popular destinations especially Kundasang. Normally, when friends ask

DIY - Hyundai Inokom Atos Starter Removal

I replaced my Suzuki Jimny SJ410 starter sometime ago and it is quite easy because plenty of space in SJ410 engine bay. However, the Atos compact engine bay is really challenging for starter removal. Actually, a hard start had happened to Atos since few months and recently getting worse. Service centre diagnosed as starter problem. The battery is new but very hard to start especially after turned off the engine and need to wait for few minutes then the Atos can be started with two or three key turn. It is very annoying when turning off the engine while filling fuel at petrol station.  Wifey asked at service centre the new starter, guess how much.. RM1K++.. matai.. crazy expensive. Alternatively, have to go for third party starter and looking around Inanam, most of the car parts shops do not have Atos starter. Besides, I don't really know which shops have this starter. Finally, I asked the regular shop at Tamparuli and need to order (no stock already) with price is about RM200+