Kota Kinabalu sememangnya sangat strategik dengan keindahan pantai, bukit, bandaraya dan pulau yang boleh dikatakan semuanya dekat. Tidak hairanlah lagu "Macam di KK.. semuanya ada di sini" dilhamkan oleh penyanyi Janrywine J Lusin banyak memuji Kota Kinabalu sekarang yang semakin membangun. Sehinggakan rumah pun semakin "gila" mahal dan kesesakan jalan raya yang semakin mengiggit warga Kota Kinabalu. Nampaknya KK pun sudah di tahap sangat memerlukan jalan bertingkat, "express-way" dan LRT agaknya. Tapi nampaknya kawasan lain di Sabah pun perlufasiliti yang lebih baik. Entah bila agaknya? Kalau BN atau PR menang dlm PRU13, ia mungkin perlu dijadikan agenda seterusnya.
Senja berlabuh di Pantai Likas
Namun, apa yang penulis ingin rungutkan di sini bukannya berkenaan pembangunan tetapi sikap sesetengah warga Kota Kinabalu yang memandang mudah berkenaan kebersihan persekitaran. Tahap kebersihan di sekitar Kota Kinabalu terutamanya pantai Likas sangat menyedihkan. Datang sahajalah ke Pantai Likas dan anda pasti melihat timbunan sampah di gigi air pantai yang "indah" menjadi lantai kekal jika tidak dibersihkan oleh pekerja pembersihan. Sampah tetap akan datang setiap hari sama ada dari sungai Likas atau dari pulau berdekatan.
Sampai bila ianya akan berakhir? Jawapannya, tidak diketahui.
Kesedaran warga Kota Kinabalu perlu dipertingkatkan kerana dari sana lah sumber sampah yang utama. Pihak berwajib mungkin perlu turun padang ke lokasi yang di kenal pasti menjadi sumber kepada sampah hanyut ke pantai.
Keadaan Pantai Likas pada 23 Jun 2012
Keadaan pada 9 Ogos 2010 semasa ombak kuat di Pantai Likas
Masih ada lagi yang mahu mandi di pantai yang penuh dengan sampah pada masa ini.
Lantai pantai Likas masa air surut, indah dengan lumut hijau
"Cantik" bukan?
Lepas makan KFC dan minum arak tinggal begitu saja.
Pantai awam Likas pun tidak ketinggalan dengan sampah, tetapi di sini selalunya akan lebih tumpuan pembersihan.
Pekerja pembersihan yang TERPAKSA bertugas pada hari Ahad kerana ada manusia yang hanya tahu berkelah atau menjalankan acara tetapi tidak tahu membersihkan sampah mereka. Walaupun pekerja ini digaji, tapi kasihanilah mereka.
Comments
Post a Comment