Saya bukanlah kaki pancing tapi kalau ada masa dan ada orang ajak, boleh lah juga duduk dan membuang mata kail ke air. Cuma mungkin saya jenis kurang sabar untuk menunggu terlalu lama untuk mendapatkan ikan. Senang lagi pergi ke gerai ikan dan beli dari sana. Tapi bagi pemacing kepuasan membuang mata kail dan kalau nasib baik ikan menelan mata kail, acara melawan tarikan ikan itu yang seronok.
Anak-anak pun seronok melihat keindahan alam, tetapi sayang pantai di sini agak bahaya untuk mandi-manda.
Mereka pun mahu juga merasa pegang pancing, tapi entah nasib apa tiada seekor pun yang menelan mata kail. Agaknya salah teknik.
Kaki pancing sebenar sedang asyik melayan emosi joran pancing. Adalah beberapa ekor dia dapat.
Akhirnya cuma gambar sahaja yang saya berjaya tangkap berkeping-keping. Ikannya lansung tiada saya perolehi, mungkin sedang mentertawakan saya yang hanya berjaya menaikkan sekampit plastik berisi pasir.
Ikan sebelah atau ada yang memanggil ikan sisa nabi yang terdapat di sini. Inilah pertama kali saya melihat ikan seperti ini. Patutlah ada ikan pelik macam ini dalam katun Spongebob Squarepant.
Comments
Post a Comment