Hujung minggu sahaja masa yang ada untuk saya betul-betul melakukan aktiviti yang saya minati iaitu fotografi. Cahaya pagi subuh selalunya ramai daripada kita yang tidak sempat untuk melihat jika bangun selepas masa yang sepatutnya. Ini merupakan kali kedua saya berkunjung ke Jambatan Mengkabong selepas selesai solat subuh seawal 5.10 pagi.
Suasana pemandangan yang berbeza matahari naik memang akan berlainan dari hari ke hari dan saya sebenarnya sedang memasang impian untuk melakukan penggambaran selama 30 hari setiap pagi tanpa gagal di lokasi yang sama. Namun ia perlukan kesungguhan dan disiplin untuk melakukannya. Saya teringat bagaimana cabaran seorang pendaki jurugambar dan wartawan sebuah surat khabar negara melakukan pendakian selama 111 hari di Gunung Kinabalu. Saya sedang memasang impian serupa tetapi di bidang yang lain.
Panorama cahaya matahari pagi di Kinabalu dari Jambatan Mengkabong, Beberapa gambar digabung menjadi panorama (Samsung S760)
Merah Kinabalu (Olympus E-3 + 14-42mm)
Matahari mula naik di bahagian kanan Kinabalu (Olympus E-3 + 14-42mm)
wow cantiknya... cilok satu yek buat gambar desktop.
ReplyDeletebayar haha..
ReplyDeleteboleh tiada masalah, kawan2 =)