Semasa berada di semenanjung, saya lebih banyak membeli roti G* berbanding roti lain. Ada juga beli roti seperti H* dan roti lain yang dihasilkan oleh usahawan bumiputera di Kedah. Biasalah, kita sebagai pengguna akan mencari roti yang sedap, enak dan gebu. Walaupun ada ketika isu-isu status halal roti berkenaan dipersoalkan oleh pihak tertentu. Saya tidak mahu mengulas isu-isu berkenaan, carilah internet. Di Kota Kinabalu, mulanya saya membeli roti di pasaraya Giant sehinggalah ada roti G* yang dijual di kedai-kedai runcit. Pada awalnya, saya lihat roti ini seakan roti yang dijual di semenanjung, tetapi kualitinya agak lain walaupun lembut dan gebu. Tidak mengapalah, kalau bukan roti ini, roti lain pun pulun juga asalkan ada logo halal yang disahkan oleh pihak berwajib. Dalam Islam, mencari halal itu wajib terutamanya dalam hal makanan dan bukan perkara yang perlu diambil mudah. Dengan inilah baru-baru ini agak terkejut bila mendapati roti yang selalu dimakan telah hilang logo halal