Misi ke empat tercapai untuk melawat ke semua pekan utama di negeri Sabah. Misi ini bukan sahaja untuk melawat tetapi bercuti di negeri sendiri kerana banyak lagi tempat yang belum sampai. Kali ini, saya juga telah sampai ke Lawas Sarawak. Peta perjalanan dari Kota Kinabalu, Keningau, Tenom, Lawas, Sipitang, Beaufort, Kuala Penyu, Papar dan seterusnya balik ke KK. Sambil memandu dan mengambil gambar agak susah.. sebab itulah tiada gambar yang cantik dapat diambil.. =). Ini ialah jalan Kimanis-Keningau yang mempunyai darjah kecuraman jalan di antara 14%-19%. Agak mencabar jalan ini terutama jika hari hujan dan berkabus. Nasib baik cuaca cerah dan sedikit mendung pada hari saya melalui jalan ini. Jalan Kimanis-Keningau mempunyai pemandangan indah.. Singgah di Taman Banjaran Crocker Pusat Semulajadi Crocker. Ingat, kalau dari arah Papar ke Keningau jangan masuk terus ke sini, sebab pejabat sebenar ada berdekatan dengan jalan raya besar saja untuk urusan bayaran masuk.