Armada TLDM Kota Kinabalu telah membuka pangkalannya untuk kunjungan orang ramai baru-baru ini. Walaupun telah beberapa kali sebenarnya Hari terbuka telah diadakan sebelum ini, namun inilah kali pertama saya dan anak-anak berpeluang untuk mengunjungi acara yang mendekatkan orang awam dengan perisai laut negara yang dikagumi.
Seawal jam 10 pagi, kami sudah berada di dalam kawasan letak kereta pangkalan TLDM Sepanggar dengan ratusan pengunjung lain yang semakin memenuhi hari terbuka. Saya meletakkan kereta di kawasan parking yang memang agak jauh (berdekatan pintu masuk) dari tapak hari terbuka, nasib baik ada bas dan lori yang berulang-alik mengambil dan menurunkan penumpang dari kawasan tersebut. Walau bagaimanapun memang tidak cukup untuk pengunjung yang bertambah ramai berpusu-pusu ke tapak hari terbuka.
Seperti hari terbuka yang biasa, mesti ada pameran, gerai makanan dan sebagainya. Menariknya hari terbuka Armada TLDM ialah lokasi tapak di atas jeti yang luas dengan air laut yang tenang membiru. Tambahan pula adanya kapal-kapal perang yang sedia dikunjungi oleh orang awam contohnya KD Kepah, KD Ganas, KD Kedah dan KD Perak. Kapal selam KD Tun Razak juga dilihat timbul di permukaan untuk tatapan orang ramai.
Jika bukan disebabkan cuca yang agak panas dan bersama-sama dengan anak-anak, saya mahu terus mengambil gambar tapi terpaksa balik kerana anak-anak sudah berkali-kali mengajak pulang. Tidak mengapa, tahun hadapan jumpa lagi.
Kapal Selam KD Tun Razak
Kapal perang KD Ganas dan KD Kedah
Teluk Sepanggar dan bot laju TLDM yang membawa orang awam dengan bayaran RM5 (dewasa) dan RM3 (kanak-kanak)
Suasana di tapak hari terbuka
Comments
Post a Comment