Aktiviti ini dianjurkan oleh Sekolah Perubatan UMS. Saya sebenarnya tidak mengetahui aktiviti ini, cuma ternampak semasa masuk ke UMS pagi ini dan melihat beberapa kereta pacuan empat roda beratur di hadapan Dataran Dewan Canselor UMS. Tidak bernasib baik juga kerana saya tidak membawa kamera pada hari ini, cuma kamera telefon bimbit sahaja. Apa pun selamat berkonvoi kepada rakan-rakan yang turut serta membawa barang-barang ke Rundum Tenom terutama kepada pemilik Landrover ini dari Mulau 4x4 Team.