Lawatan sambil belajar bersama anak-anak ke Sandakan dan Sepilok. Saya pernah ke Sepilok Rehabilitation Centre pada satu masa dulu semasa masih bersekolah. Setelah betahun-tahun, saya berkesempatan datang ke sini lagi bersama anak-anak menghabiskan cuti hujung tahun dengan berjalan-jalan di sekitar Sandakan. Walaupun jarak ke Sandakan bukanlah jauh sangat tetapi disebabkan kedaan jalan dan ditambah pula dengan banyaknya lori-lori mengangkut sawit bermula dari Telupid hinggalah ke Sandakan, tempoh perjalanan yang diambil telah bertambah kepada 6 jam (mungkin 4-5 jam dari Kota Kinabalu).
Singgah di Pekan Beluran, Sebelah Sungai Labuk
Di sebuah tasik berdekatan Sepilok Rehabilitation Centre
Kera bersama-sama dengan anaknya
Seekor anak kera yang sentiasa dalam pangkuan ibunya sedang menyusu
Sebenarnya aksi kera-kera liar yang banyak dan berusaha mencuri makanan dari pelantar memberi makanan kepada Orang Utan lebih melucukan dan seronok =)
Comments
Post a Comment