Saya membawa anak-anak ke The Green Connection di Likas Kota Kinabalu untuk mendedahkan mereka kepada hidupan semulajadi yang jarang mereka temui. Ia adalah sebuah kawasan akuarium dan pengalaman sains yang direka untuk memberikan pengetahuan mengenai eko-sistem dan habitat hidupan air khususnya yang terdapat di negeri Sabah.
Inisiatif sebegini membolehkan pengunjung menyedari bahawa konservasi dan pemeliharaan alam semulajadi amat penting untuk generasi yang akan datang. Terdapat pelbagai tarikan terutamanya zon seperti hidupan gua, hidupan air tawar, hidupan laut dan sudut pengetahuan sains yang sangat menarik terutamanya kepada kanak-kanak. Saya boleh katakan bahawa mengunjungi dan melihat sendiri keunikan tempat ini adalah sangat berbaloi.

Bayaran Masuk:
Dewasa: RM25, RM15 (Malaysian/Sabahan)
Kanak-kanak: RM7
Lokasi:
Set mikroskop digital yang menarik dengan contoh sampel seperti daun dan semut.
Seekor penyu di dalam sebuah akurium besar.
Seorang staf TGC sedang memberikan penerangan semasa pertunjukan masa makan akurium.
Cara memberi makan ikan pari-pari, pemyelam memberikan makanan sambil naik ke atas.
Penyelam cuba menarik perhatian penyu dengan memberi makan kepada penyu tersebut.
Seorang kanak-kanak begitu teruja melihat penyelam memberi makan kepada hidupan laut.
Comments
Post a Comment