Misi ke empat tercapai untuk melawat ke semua pekan utama di negeri Sabah. Misi ini bukan sahaja untuk melawat tetapi bercuti di negeri sendiri kerana banyak lagi tempat yang belum sampai. Kali ini, saya juga telah sampai ke Lawas Sarawak.
Peta perjalanan dari Kota Kinabalu, Keningau, Tenom, Lawas, Sipitang, Beaufort, Kuala Penyu, Papar dan seterusnya balik ke KK.
Sambil memandu dan mengambil gambar agak susah.. sebab itulah tiada gambar yang cantik dapat diambil.. =). Ini ialah jalan Kimanis-Keningau yang mempunyai darjah kecuraman jalan di antara 14%-19%. Agak mencabar jalan ini terutama jika hari hujan dan berkabus. Nasib baik cuaca cerah dan sedikit mendung pada hari saya melalui jalan ini.
Jalan Kimanis-Keningau mempunyai pemandangan indah..
Singgah di Taman Banjaran Crocker
Pusat Semulajadi Crocker. Ingat, kalau dari arah Papar ke Keningau jangan masuk terus ke sini,
sebab pejabat sebenar ada berdekatan dengan jalan raya besar saja untuk urusan bayaran masuk.
Pemandangan ke lembah Keningau dari Pusat Semulajadi Crocker
Pekan Keningau
Jalan Keningau-Tenom yang landai dan agak cantik
Pekan Tenom
Pemandangan Pekan Tenom daripada Hotel Perkasa Tenom
Pemandangan awal pagi di Pekan Tenom
Gerai kuih di Pasar Pekan Tenom
Jambatan Sungai Padas, Pekan Tenom
Jalan mula naik bukit (Banjaran Crocker) selepas beberapa KM dari pekan Tenom,
kelihatan lori balak tersadai.
Jalan Tenom-Sipitang memang cantik, merentasi banjaran Crocker dan masih diliputi hutan
simpan yang diharap akan terus disimpan utnuk generasi akan datang, bukan untuk dibalak oleh mereka yang rakus menelan hasil bumi Sabah sehingga lumat jadinya.
Pos Imegresen Sindumin untuk ke Lawas, Sarawak
Pemandangan dari Masjid Lawas
Batang Lawas, tengok teksi sungai yang panjang berwarna kuning..
Menunggu feri di Pekan Kuala Penyu untuk balik ke KK

Peta Pekan Keningau (Sumber: Wikimapia)

Perjalanan kali ini termasuk pusing pekan, sesat, dan sebagainya ialah sejauh 687KM selama dua hari (menginap di Hotel Perkasa Tenom). Boleh dibuat dalam sehari sebenarnya. Berikut ialah maklumat mengenai kos perjalanan:
*KK-Keningau: +-2jam
*Keningau-Tenom: +-30Minit
*Tenom-Sindumin: +-1jam 30minit
*Sindumin-Lawas: +-40minit
*Lawas-Sindumin: +-40minit
*Sindumin-Beaufort: +-1jam
*Beaufort-Kuala Penyu: +-40minit
*Kuala Penyu-KK: +- 2jam
Kos minyak - kereta wira 1.5cc:
1. KK - top up RM30 (penuh)
2. Tenom - top up RM30 (penuh) - hari berikutnya selepas jalan2 ke taman pertanian dan pusing2 pekan
3. Sipitang - top up RM20 (penuh)
Kos keseluruhan RM80
Kos makan (2 dewasa + 2 kanak-kanak):
1. Keningau - makan tengahari - RM20
2. Tenom - makan malam - RM18
3. Tenom - sarapan - RM11
4. Lawas - makan tengahari - RM18
Kos makan lebih kurang RM70
Jumlah Kos: RM150 + kos penginapan di Tenom (RM90) = 240
*kalau masuk mana-mana tempat (cth: Pusat Kebudayaan Murut, Tenom dan Taman Pertanian Tenom, budget RM300 lah..

Salam..maklumat yang hendak saya cari..Terima Kasih, bulan ni nak lawat Keningau..
ReplyDeleteCantik bah gambar-gambar kamu nie... Tertarik bah aku mahu ke Keningau...
ReplyDeletesaya bakal menjejaki perjalanan yang bro tempuhi ini sebagai percutian bulan madu. wish me luck and safe journey!
ReplyDeletejawablues,
Deleteterima kasih singgah di blog saya yg lama sudah tidak update ni. selamat bercuti bulan madu, semoga perjalanan anda yg terbaik.
Salam boleh saya tanya apa kenderaan awam yang boleh dinaiki utk pergi ke tenom jika saya berada di kota kinabalu? Tq
ReplyDeleteSalam.
DeleteDari KK, boleh naik sama ada teksi (biasa) atau teksi unser. Tambang seorang pada kadar RM35 seorang dari Terminal Padang Merdeka. Tuan boleh rujuk http://www.sabahtourism.com/transportation?page=1 untuk keterangan lanjut.