The panoramic view of the indoor show of the Autofest, SPCIE Penang Saya berada di DRB-Hicom Autofest, SPICE (sebelum ini dikenali sebagai PISA) Pulau Pinang pada hujung minggu lalu untuk melihat sendiri model yang sangat dinanti-nantikan oleh peminat Suzuki 4x4 di Malaysia, iaitu Suzuki Jimny model baru JB43. Suzuki Jimny sememangnya telah terkenal di kalangan peminat 4x4 tempatan. Oleh yang demikian, ia adalah satu berita baik untuk peminat-peminat Suzuki 4x4 di mana mimpi menjadi kenyataan apabila akhirnya Suzuki Malaysia memutuskan untuk membawa masuk mini 4x4 SUV yang mampu pergi ke mana-mana sahaja walaupun kecil. Ia sudah terbukti oleh model sebelumnya seperti SJ410 dan SJ413, di mana pengikut model ini adalah agak besar di Malaysia. Tidak banyak yang boleh diperiksa untuk kereta ini selain untuk "melihat sahaja dari luar" kerana cuma pameran sahaja buat masa ini. Saya telah melihat model yang sama ini semasa saya berada di Brunei. Pautan ini adalah entry berk