Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2010

Menggunakan gambar tanpa kebenaran

Menggunakan gambar tanpa kebenaran terjadi kepada saya lagi, kali ini saya secara tidak sengaja terlihat sebuah kereta dengan sticker yang mempunyai gambar saya seperti di bawah. Saya melihat pelanggaran hakcipta ini satu tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh jabatan kerajaan.  Walau apapun alasannya, sekurang-kurangnya material perlu dipastikan dari mana sumber ia diperolehi. Saya harap penganjur dapat berbuat sesuatu sebagai ganti rugi penggunaan tanpa kebenaran ini. Ganti rugi bukan semestinya dalam bentuk wang ringgit sahaja. Stiker yang dimaksudkan.

Kaamatan Kundasang Novice 4x4 Challenge

Kaamatan 4x4 Novice Challenge was held at Kundasang town on 22-23 May 2010. Again an interesting event for the newcomers in 4x4 challenge. Kudos to K4WDC team. More photos at: http://www.flickr.com/photos/sam4605/sets/72157624119474190/

Antara DUA DARJAT

satu realiti yang nyata satu rumah batu yang besar satu rumah bambu yang kecil satu keinsafan untuk kita besar atau kecil

Kecantikan Kota Kinabalu yang Tercemar

Amat memalukan. Satu perkara yang amat menyakitkan hati dan mata bila melihat segelintir warga Kota Kinabalu yang mempunyai hati yang saya kira sakit dan mungkin juga rosak. Mereka tidak merasa apa-apa untuk membuang sampah di mana sahaja. Kawasan hentian di Tanjung ipat menjadi mangsa akibat dari hati mereka yang sakit dan mungkin juga rosak itu. DBKK, sila letakkan tong sampah di sini. Apa masalahnya orang kita yang suka sampah ini? Saya ada menjejakkan kaki ke Lawas, Sarawak. Perkara pertama yang saya nampak ialah bandar Lawas begitu bersih. Kalaupun mungkin ada sampah, tapi terlalu kecil atau mungkin secara tidak sengaja ditiup angin. Sungai Lawas juga begitu, saya perhatikan tiada benda yang terapung kecuali sampan dan bot.  Jadi, apa bezanya mentaliti orang kita dengan orang Lawas, Sarawak. Sah, tiada kesedaran, tiada perasaan, tiada pengajaran atau kurang ajar. Bukannya tiada didikan di sekolah atau di tv mengenai kebersihan.  Rakan saya menulis respon ini ke...